SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH KERANA MELAWAT BLOG SAYA

Monday, October 31, 2011

Kasut Tumit Tinggi



Sebarang kasut bertumit tinggi akan mengubah pertimbangan badan pemakai dan menukar paksi penahanan berat. Ia akan mencondongkan bahagian bawah tulang belakang dan membawa berat badan ke depan. Ini akan menyebabkan tekanan yang berlebihan di bahagian bawah lumbar, menyebabkan sakit dan mempercepatkan penuaan terutamanya sendi-sendi lutut.

Asid Lemak Trans

ASID LEMAK TRANS
Asid lemak trans memang mencetuskan masalah kerana badan manusia tidak tahu apa yang hendak dilakukan dengannya. Ia boleh membantu mengawet makanan supaya merasa sedap tetapi badan tidak boleh mengurai dan menggunakannya dengan betul. Lemak biasa amat lembut dan mudah dibentuk manakala asid lemak trans adalah lemak kental yang boleh terbina dalam badan dan mencetuskan "huru hara". Elak dari membeli produk makanan di mana senarai ramuannya mengandungi HYDROGENATE VEGETABLE OIL atau PARTIALLY HYDROGENATED VEGETABLE OIL atau VEGETABLE SHORTENING atau MARGERINE. 

Buah Lemon

LEMON
Lemon adalah pembersih tubuh yang hebat. Jus lemon yang dicairkan boleh menyejuk dan menyegarkan tubuh bila demam atau keradangan. Jus lemon bertindak sebagai pencuci darah serta membantu menghapuskan bisul dan masalah kulit yang lain, penghadaman, melawan dan mencegah jangkitan, menghindarkan gelema, membunuh cacing-cacing di dalam usus dan mencegah muntah, masalah tekak dan sengal-sengal tulang. Jus lemon berasid dan jangan minum tanpa dicairkan kerana ia boleh merosakkan enamel (permukaan gigi) termasuk lapisan dalam dinding perut. Walau pun berasid, jus lemon meninggalkan sisa alkali dalam tubuh dan berguna untuk melawan  sistem tubuh berasid.

Buah Mangga

BUAH MANGGA
Ramai orang beranggapan VIAGRA adalah "talian hayat" bagi menyelesaikan masalah seksual kaum lelaki tapi buah mangga berwarna kuning keemasan juga mempunyai "kehebatan" yang setanding dengan VIAGRA.

Sunday, October 30, 2011

Teh Hijau

TEH HIJAU yang mengandungi polifenol mengekang atau menghalang pertumbuhan kanser kerana polifenol membentuk kesan gabungan yang mengganggu isyarat penting sel kanser untuk tumbuh. Polifenol juga membunuh sel kanser prostat bagi lelaki. TEH HIJAU menduduki carta tertinggi "makanan sihat" ketika ini. 

Saturday, October 29, 2011

Terapi Rawatan Kulit

Biji badam direndam di dalam bekas berisi air panas (bukan direbus).Bila air sudah sejuk,tanggalkan kulitnya,dicuci dan dijemur sehingga kering 100%.Kisar sehingga menjadi serbuk,simpan di dalam bekas kedap udara dan masukkan dalam peti sejuk. Guna sudu kering setiap kali mengeluarkan serbuk badam dari bekasnya. 
Cara menggunakannya : -

  1. Jumlah serbuk badam yang akan digunakan untuk menggosok kulit muka, tangan dan lain-lain bahagian badan akan ditentukan oleh penggunanya.
  2. Basahkan bahagian kulit dengan air dan ketika kulit masih lembap, gosokkan kulit dengan serbuk badam untuk menanggalkan sel-sel mati supaya kulit nampak cerah, berseri dan segar. Serbuk badam tidak akan menyebabkan liang-liang atau pori-pori pada kulit tersumbat sebaliknya ia bertindak merawat kulit berjerawat, berjeragat dan pelbagai masalah kulit sebab ia kaya dengan antioksidan dan bebas dari bahan-bahan kimia berbahaya.
  3. Basuh kulit dengan air suam.
  4. Pertama kali gunakan serbuk badam sebagai "scrub" pada waktu pagi dan malam sebelum mandi. Kekerapan penggunaannya bergantung pada kepuasan pengguna setelah menyaksikan sendiri hasilnya dan tidak perlu digunakan setiap hari.
  5. Elak dari menggunakan apa jua jenama "scrub" di pasaran yang sarat dengan pelbagai bahan kimia berbahaya apabila mengambil langkah bijak mengamalkan produk asli yang lebih selamat dan berkesan. Kebanyakan pengusaha produk-produk kosmetik kecantikan pelbagai jenama sama ada dari luar negara atau tempatan lebih mementingkan keuntungan dari keselamatan pengguna. Keputusan di tangan pengguna
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...