Biji badam direndam di dalam bekas berisi air panas (bukan direbus).Bila air sudah sejuk,tanggalkan kulitnya,dicuci dan dijemur sehingga kering 100%.Kisar sehingga menjadi serbuk,simpan di dalam bekas kedap udara dan masukkan dalam peti sejuk. Guna sudu kering setiap kali mengeluarkan serbuk badam dari bekasnya.
Cara menggunakannya : -
Cara menggunakannya : -
- Jumlah serbuk badam yang akan digunakan untuk menggosok kulit muka, tangan dan lain-lain bahagian badan akan ditentukan oleh penggunanya.
- Basahkan bahagian kulit dengan air dan ketika kulit masih lembap, gosokkan kulit dengan serbuk badam untuk menanggalkan sel-sel mati supaya kulit nampak cerah, berseri dan segar. Serbuk badam tidak akan menyebabkan liang-liang atau pori-pori pada kulit tersumbat sebaliknya ia bertindak merawat kulit berjerawat, berjeragat dan pelbagai masalah kulit sebab ia kaya dengan antioksidan dan bebas dari bahan-bahan kimia berbahaya.
- Basuh kulit dengan air suam.
- Pertama kali gunakan serbuk badam sebagai "scrub" pada waktu pagi dan malam sebelum mandi. Kekerapan penggunaannya bergantung pada kepuasan pengguna setelah menyaksikan sendiri hasilnya dan tidak perlu digunakan setiap hari.
- Elak dari menggunakan apa jua jenama "scrub" di pasaran yang sarat dengan pelbagai bahan kimia berbahaya apabila mengambil langkah bijak mengamalkan produk asli yang lebih selamat dan berkesan. Kebanyakan pengusaha produk-produk kosmetik kecantikan pelbagai jenama sama ada dari luar negara atau tempatan lebih mementingkan keuntungan dari keselamatan pengguna. Keputusan di tangan pengguna
No comments:
Post a Comment
Please comment freely but keep it polite by not doing spam.