SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH KERANA MELAWAT BLOG SAYA

Monday, October 31, 2011

Buah Lemon

LEMON
Lemon adalah pembersih tubuh yang hebat. Jus lemon yang dicairkan boleh menyejuk dan menyegarkan tubuh bila demam atau keradangan. Jus lemon bertindak sebagai pencuci darah serta membantu menghapuskan bisul dan masalah kulit yang lain, penghadaman, melawan dan mencegah jangkitan, menghindarkan gelema, membunuh cacing-cacing di dalam usus dan mencegah muntah, masalah tekak dan sengal-sengal tulang. Jus lemon berasid dan jangan minum tanpa dicairkan kerana ia boleh merosakkan enamel (permukaan gigi) termasuk lapisan dalam dinding perut. Walau pun berasid, jus lemon meninggalkan sisa alkali dalam tubuh dan berguna untuk melawan  sistem tubuh berasid.

No comments:

Post a Comment

Please comment freely but keep it polite by not doing spam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...