SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH KERANA MELAWAT BLOG SAYA

Thursday, November 24, 2011

Pantyhose

Ancaman pantyhose
Sarung kaki nipis mencegah udara dari beredar di sekeliling kaki dan membentuk persekitaran yang cukup lembap dan panas untuk memulakan pertumbuhan kulat seperti kaki berair. Keadaan lelasan nilon yang berlaku apabila sarung kaki basah atau berpeluh juga menyebabkan kulit kaki melepuh. Beberapa jenis sarung kaki yang murah tidak mempunyai keanjalan yang secukupnya yang menyebabkan jari jemari  kaki tercerut dan tertolak ke atas sehingga berlakunya kuku terbantut dan jari kaki tukul. Sarung kaki nilon kawalan atas jika dipakai berterusan boleh menyebabkan sintisis, jangkitan pundi. Jika dibiarkan tanpa rawatan, jangkitan itu boleh berjangkit pada buah pinggang dan merosakkannya. Sarung kaki nilon juga boleh menyebabkan jangkitan faraj iaitu menimbulkan kesakitan, keadaan merah, pembengkakan, berbau atau kegatalan pada faraj. Jangkitan yang biasa berlaku ialah kandidiasis (jangkitan fungus). Memakai sarung kaki terlalu lama hanya menghasilkan persekitaran panas lembap yang disukai oleh fungus. Berpakaian sepatutnya punca keselesaan. Sarung kaki hanyalah menguntungkan pengeluar, bukan pemakai. Oleh itu, bersikap bijaklah ketika berpakaian. Jangan mudah terpengaruh dengan perkembangan fesyen. Biarlah kaki terdedah pada hembusan bayu dan berilah peluang pada kaki untuk bernafas.

Wednesday, November 23, 2011

Tumit kasut wanita

Cara memilih dan membeli kasut :-

  1. 1/4 inci lebih panjang dari kaki sendiri yang diukur semasa berdiri.
  2. Tumit kasut tidak melebihi 1/2 inci tinggi kerana lagi tinggi tumit kasut menyebabkan berat berlebihan pada bahagian depan kaki sendiri.
  3. Jenis kasut atau sandal yang mendedahkan kaki mengikut keadaan iklim negara. Negara kita beriklim tropikal, panas dan lembap yang menggalakkan peluh dan menyebabkan jangkitan pada kaki.
  4. Beli kasut pada waktu petang apabila kaki sendiri sudah mengembang sedikit.
  5. Tumit kasut yang lebih tinggi dari 1/2 inci akan mengundang pelbagai kecederaan, kecacatan kekal dan masalah kesihatan kepada pemakai.
  6. Bersyukurlah dengan ketinggian yang Allah s.w.t anugerahkan dan janganlah mencabar ciptaan Allah s.w.t dengan alasan fesyen tanpa disedari ia mendatangkan pelbagai kecederaan fizikal.

Saturday, November 19, 2011

Khasiat blueberry

Beri biru (Blueberry) adalah penjana anti pengoksidaan yang amat berkesan untuk 
  1. Anti penuaan.
  2. Kencing manis. 
  3. Menyokong saluran darah.
  4. Peningkatan selera makan.
  5. Pengurangan kolesterol.
  6. Perlindungan sistem jantung.
  7. Keletihan mata.
  8. Jangkitan saluran kencing.
  9. Menentang kanser serviks/payudara.
  10. Peningkatan daya ingatan.

Khasiat strawberi

STRAWBERI


Kesan positif strawberi bukan sahaja ada kaitan dengan kapasiti antioksida dan kandungan tinggi pada kompaun fenolik malah ia mengaktifkan ketahanan antioksida dan enzim dalam badan. Diet strawberi mampu memberikan kesan baik bagi mengelakkan penyakit gastrik. Strawberi mampu memperlahankan pembentukan ulser perut kepada manusia.

Pakaian Ketat

Masalah pada kesihatan pemakainya :-

  1. Menyebabkan "hives" - bahagian kulit menjadi merah, sangat gatal dan bengkak disebabkan oleh geselan.
  2. Ketidakhadaman - pakaian ketat pada bahagian pinggang menyebabkan pedih hulu hati, sakit perut bdan meloya. Kandungan perut lazimnya digerak oleh proses pengecutan dinding usus (peristalsis) dan jika ia tidak berlaku, makanan akan tersekat dan menghasilkan gejala-gejala tidak hadam seperti kembung, meloya dan sendawa.
  3. Jangkitan Yis.
  4. Merangkap kelembapan dan haba yang merebakkan jangkitan. Ini membiakkan kulat yang menyebabkan jock itch. Kulit menjadi merah dan gatal terutama pada groin dan di bahagian sebelah dalam paha.
  5. Jangkitan faraj berpunca dari pemakaian pantyhose, panty girdle, seluar dan pakaian ketat, seluar dalam sintetik.
  6. Pedih hulu hati - pakaian ketat atau yang menjerut pinggang menolak asid dalam perut masuk ke dalam esofagus.
  7. Vena varikos - pakaian ketat yang menjerut pinggang, bahagian groin dan kaki menyebabkan "urat hijau" timbul di sekitar kaki, betis dan paha.
  8. Kulit kering (contoh : Ekzema) - Pakaian ketat menyebabkan geseran yang merangsangkan saraf gatal.
  9. Jangkitan saluran kencing - memakai seluar dalam dari bahan sintetik (bukan kain kapas) seperti body contour, body suit, seluar ketat dan pantyhose nilon tanpa pelapik kain kapas.

Wednesday, November 9, 2011

Peria (Bitter Gourd)

Peria rasa pahit tetapi amat berkhasiat untuk penawar pada pelbagai masalah kesihatan. Peria juga mengandungi Vit. A, B1, B2, C dan zat besi. Ia adalah penawar untuk :-

  • Kencing manis.
  • Hipertensi (tekanan darah tinggi).
  • Komplikasi mata.
  • Neuritis (keradangan saraf yang menyebabkan kesakitan, hilang tindakan refleks dan otot menjadi lemah dan mengecil)  dan kecacatan metabolisme karbohidrat.
  • Cepat marah.
  • Kudis.
  • Kegatalan.
  • Psoriasis.
  • Kurap.
  • Penyakit kulat.
  • Kolera.
  • Cirit-birit.
  • Melambatkan pertumbuhan/perkembangan sel-sel kanser terutama kanser payudara.
  • Kebas tangan dan kaki.
  • Sakit leher dan kepala.
Cadangan resepi

  1. Jus peria dan epal hijau tanpa tambahan gula.
  2. Goreng bersama sambal cili merah dan telur.
  3. Goreng menggunakan frying pan dan minyak zaitun secara saute (sedikit minyak).
  4. Goreng secara deep-fry menggunakan minyak sawit.

Buah Delima (Pomegranate)

Buah delima mengandungi antioxidant polyphenol, natural phytoestrogen, ascorbic acid (Vit. C), citric acid, fumaric acid, malic acid, essential amino acid, Vit. B dan lain-lain bahan berfaedah."Pomegranate is one of the most powerful age-proofing antioxidants" dan "The king of antioxidant." Ia adalah penawar untuk :-

  • Pencegahan serangan sakit jantung.      
  • Kencing manis.
  • Pelbagai jenis masalah usus.
  • Strok.
  • Gangguan tekanan darah.
  • Pencegahan pembekuan darah.
  • Menentang bakteria dan jangkitan kulat.
  • Membersihkan plak dinding dalam arteri.

Monday, November 7, 2011

Sukar tidur dan mimpi buruk

Mimpi ada 3 peringkat
  1. Bisikan jiwa
  2. Godaan syaitan
  3. Mimpi khabar gembira daripada Allah s.w.t
Nabi Muhammad s.a.w mengajar umatnya berwuduk sebelum tidur dan sebaliknya, tidur di posisi lambung (perut) kanan. Sebelum tidur, bacalah Al-Fatihah serta surah "3 Qul" dan hembuskan ke tapak tangan sebelum disapu ke seluruh tubuh, insyaAllah, semoga senang tidur dan dihindarkan mimpi buruk.

Coli

Coli bukanlah penyelesaian pada payudara yang landut, tidak tegang atau kendur sebaliknya coli menimbulkan banyak masalah pada kesihatan pemakainya. Pemakai coli perlu merujuk pada jenis latihan fizikal yang membina otot-otot dan tisu-tisu di sekitar dada dan payudara supaya payudara kelihatan lebih pejal dan montok.
  • Pengusaha-pengusaha coli sentiasa mencipta rekaan pelbagai bentuk coli untuk memikat kaum wanita yang kurang berpuas hati dengan bentuk payudara masing-masing yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t lalu segera beralih pada industri fesyen untuk memastikan payudara sesuai dengan standard semasa. Industri fesyen sengaja mengada-adakan standard tertentu mengenai keindahan payudara sehingga membuat kaum wanita percaya bentuk payudara mereka tidak cukup sempurna. Rekaan coli terbaru menggunakan pelbagai jenis pelapik, dawai, net, korset, kusyen air semata-mata untuk menarik perhatian kaum wanita supaya memakainya dalam usaha memperlihatkan kecantikan dan bentuk payudara mereka.
  • Dalam keghairahan pemakai memilih coli yang diketengahkan oleh pengusaha-pengusaha dengan memberi tumpuan pada kedudukan payudara yang selesa dalam mangkuk coli serta mempamerkan kemontokan payudara, pemakai akan terlepas pandang tentang risiko yang bakal menjejaskan kesihatan diri.
  • Jika tersalah pilih saiz coli, lebihan isi payudara akan terkeluar dari mangkuk, pelapik mangkuk pula akan menghimpit payudara dan dawai di bawah mangkuk akan menekan hulu hati menyebabkan pemakai sukar bernafas secara normal. Jika payudara besar, mangkuk tidak dapat mengampu dan menekan ke bawah. Dalam masa yang sama cakuk coli di belakang badan tertarik ke atas dan tali bahu mencerut isi bahu serta panel di tepi coli juga akan tercerut dan meninggalkan kesan merah berlekuk dan berbirat.
  • Bahan coli yang bukan diperbuat dari kapas 100% akan meningkatkan haba atau suhu. Di samping itu, panas suhu payudara akan meningkat apabila bahan berat yang lebih digunakan dalam pembuatan coli dan keadaan ini ada hubung kait dengan kanser payudara. Wanita yang tidak bercoli dari pelbagai saiz memiliki payudara yang lebih sejuk. Wanita tidak bercoli mempunyai 60% kadar kanser payudara yang lebih rendah daripada wanita yang bercoli.
  • Semakin lama coli dipakai dalam sehari, semakin tinggi kadar serangan kanser payudara daripada wanita yang tidak bercoli. 
  • Ramai wanita yang bimbang mengenai risiko kanser payudara atau kesakitan payudara, berhenti bercoli dan kemudian mendapati kesakitan dan sista penyakit payudara fibrosista menurun atau terhapus sama sekali.
  • Majoriti daripada wanita pra putus haid mendapati kesakitan payudara mereka berkurangan dalam tempoh 3 bulan setelah mengamal cara hidup tanpa bercoli. Payudara dalam coli lebih panas dari payudara tanpa coli.
  • Coli ketat menyebabkan sakit belakang dan postur tubuh yang tidak sempurna. Memakai coli yang ketat boleh menimbulkan kesakitan pada leher, bahu, belakang dan menyebabkan kelemahan pengecutan otot yang lebih serius.
  • Wanita yang memakai saiz coli yang salah terpaksa mengikut postur yang tidak asli dan tidak sesuai. Coli yang terlalu ketat mengurangkan bahagian belakang sebelah atas dengan menjadikannya berfungsi seperti otot tunggal. Ia juga mengurangkan pergerakan dada dan menyukarkan pernafasan kerana kemampuan dada berkembang sepenuhnya untuk bernafas agak terbatas.
  • Coli boleh dianggap sebagai satu bentuk "pengikat payudara." Semua coli mengikat tubuh pemakainya. Bagi kebanyakan pemakainya, lekuk pada bahagian badan di mana coli terletak boleh dilihat dengan jelas bila berpakaian ketat.
KENAPA COLI MENGUNDANG RISIKO PADA KESIHATAN
  • Penyelidik telah menemui teori bagaimana kanser payudara berkembang berpunca dari sistem limfa yang tidak berfungsi dengan sempura akibat dari pemakaian coli yang ketat.
  • Sistem limfa adalah rangkaian dalaman pembuluh darah yang menyingkirkan bahan sisa dari tubuh. Ia adalah bahagian sistem imun yang penting dan pertahanan pertama terhadap perebakan sel-sel kanser.
  • Apabila payudara dibatasi oleh pemakaian coli, sistem limfa yang mengelilinginya turut tersumbat sekaligus menghalang fungsi penyingkiran toksin dari kawasan tersebut menyebabkan kanser lebih mudah berkembang. Sistem limfa sama kompleksnya dengan sistem peredaran darah.
  • Sistem limfa mempunyai nodus limfa dan bergantung pada injap sehala dan pergerakan tubuh seperti berjalan dan bernafas untuk mendapatkan peredaran bendalir limfa yang mengangkut toksin.
  • Banyak toksin penyebab kanser yang terkandung dalam sistem limfa mengambil masa untuk bersentuh dengan sel-sel individu untuk memulakan mutasi menjadi sel kanser. Jika bendalir limfa dihalang dari beredar, toksin kekal bersentuhan dengan sel-sel tersebut untuk jangka masa yang lama.
  • Oleh kerana pembuluh limfa tersangat halus dan berdekatan dengan permukaan kulit, ia mudah dicerut oleh pakaian yang elastik atau ketat "mendakap" kulit. Coli mencerut pembuluh limfa bertanggungjawab menyingkirkan toksin dari sel-sel dalam tisu payudara.
  • Kaedah coli mengikat tubuh boleh menjejaskan sistem penyaliran limfa dalam payudara. Siostem limfa membantu menyingkirkan toksin dalam tubuh. Pemakaian coli menyebabkan kerosakan kronik proses penyaliran dalam payudara dan menyebabkan toksin terkumpul.
  • Pengumpulan toksin mempengaruhi kerja-kerja biasa sel-sel dalam payudara yang sebaliknya menjadikan "persekitaran" payudara sesuai untuk mencetuskan kanser payudara.
  • Peredaran limfa dalam banyak tisu terutama limfa utama banyak bergantung pada pergerakan. Jika duduk dalam jangka masa yang lama, kaki dan buku lali boleh membengkak kerana peredaran limfa bergerak ke zon yang hampir sifar.
  • Memakai coli yang ketat seperti coli berdawai dan terutamanya ketika tidur, mencegah peredaran limfa yang normal dan cenderung membawa pada anoksia (kandungan oksigen lebih rendah dari biasa) yang dikaitkan dengan fibrosista yang dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser.
  • Setiap goyangan payudara ketika berjalan, bergerak, berlari dan sebagainya mengurut payudara dan meningkatkan aliran limfa dan dengan itu membersihkan payudara dari toksin dan sisa yang muncul dari metabolisme sel.
  • Sistem limfa tidak mempunyai "pam" sepeti jantung bagi sistem peredaran darah. Bendalir limfa perlu digerakkan melalui pergerakan otot tubuh dan pernafasan untuk merangsangkannya.
  • Coli mengampu berat payudara. Berat biasanya tersebar ke tali bahu, panel bahagian tepi payudara, dawai di bawah payudara dan mangkuk coli. Selain mengampu berat payudara, coli cenderung mengangkat dan membentuk payudara. Kesemuanya menambah tekanan ke atas tisu payudara. Tali coli juga cenderung menghalang aliran limfa dengan mengenakan tekanan ke atas pembuluh limfa yang berada di bahagian atas payudara hingga ke ketiak. Akibatnya, toksin akan berkumpul di dalam payudara. Wanita yang bercoli di antara 18-24 jam sehari akan menghalang penyingkiran toksin dalam jangka masa lama.
  • Lebih 85% bendalir limfa dari payudara mengalir ke nodus limfa yang terletak di bahagian ketiak. Bakinya mengalir ke nodus di bahagian tulang dada.
  • Di dalam payudara, pembuluh limfa terdapat lebih hampir dengan permukaan kulit dan dengan itu lebih mudah termampat. Dinding pembuluh limfa adalah nipis dan amat sensitif terhadap tekanan. Jika mampatan berlaku secara berirama, berikutan semula jadi, limfa akan mengalir secara semula jadi. Jika mampatan ke atas payudara berterusan, berikutan penggunaan coli, ia boleh mengakibatkan dinding pembuluh limfa tertutup dan menyekat aliran limfa.
  • Wanita yang mengalami kesakitan payudara atau sista berpunca dari penekanan coli yang menyebabkan sumbatan dalam nodus limfa. Coli memampatkan tubuh pada bahagian luar payudara iaitu kawasan yang menempatkan hampir 80% penyaliran nodus limfa.
  • Tali elastik yang mengikat kuat boleh menyebabkan perkembangan sista. Pembentukan sista ialah tekanan belakang pada duktus kecil dalam payudara yang menjadikan bahagian yang menghasikan susu di sebelah hujung membengkak.
  • Lebih tua usia seseorang wanita, lebih tinggi risiko mengidap kanser payudara kerana ia mempunyai masa yang lebih panjang terhadap pendedahan pada toksin yang terkumpul di dalam payudara disebabkan penyaliran yang lemah.
  • Kaum wanita di negara-negara maju tewas pada gaya hidup pemakaian coli.
  • Pengaruh hormon - paras estrogen dalam tubuh wanita biasanya lebih tinggi sebelum datang haid. Pada masa inilah payudara membesar secara semula jadi. Pada waktu payudara membesar, kesan ikatan coli pada payudara dan kerosakan selanjutnya untuk penyaliran limfa sangat ketara.
  • Tidak bersalin atau tidak berkahwin-ketika hamil, payudara menikmati bekalan darah yang lebih banyak dan menngkatkan penyaliran limfa. Payudara wanita yang tidak bersalin atau tidak berkahwin gagal berkembang dengan sepenuhnya. Sehubungan dengan kekurangan ini, pemakaian coli hanya merosakkan sistem penyaliran yang sedia terbatas.
  • Baligh awal-kedatangan haid awal menyebabkan remaja menjalani kehidupan alam dewasa dengan bercoli lebih awal. Keinginan untuk memiliki payudara yang lebih besar menyebabkan remaja memakai coli berspan dan berdawai, ini menyekat perkembangan payudara yang belum berkembvang sepenuhnya. Pendedahan lebih lama pada pemakaian coli mendedahkan payudara pada pengumpulan toksin.
  • Diet-toksin terkandung dalam bahagian makanan yang berlemak. Pemakaian coli hanya memburukkan keadaan penyakit payudara dengan membantu memekatkan toksin dalam payudara.
  • Sistem limfa adalah mekanisme pertahanan tubuh yang penting. Pembuluh limfa dan nodus limfa membentuk rangkaian unik. Nodus limfa terbentuk secara berkumpulan di seluruh tubuh termasuk di sekitar leher, groin dan di bawah lengan. Sistem limfa dalam tubuh berkeadaan selari dengan sistem arteri dan vena yang membentuk bekalan darah. Limfa sejenis bendalir yang telus, mengalir mencuci sistem ini. Pembuluh limfa membantu menyingkirkan bahan asing dari tempat yang dijangkiti dan kemudian, menerusi nodus limfa untuk pemprosesan. Dalam nodus limfa, sel-sel imun yang dikenali sebagai limfosit, menghasilkan antibodi untuk membunuh bakteria dan bahan asing lain. Tanpa sistem limfa, kita tidak akan bertahan lama. Sisa yang terkumpul di dalam tubuh yang tidak dapat disingkirkan akan bertambah dan menyebabkan kematian. Sistem limfa pada dasarnya menyingkirkan sisa buangan. Limfa mengangkut keluar penceroboh asing seperti bakteria, protein asing, sisa sel dan produk sisa lain dari tisu tubuh ke nodos limfa di mana sel-sel imun memusnahkannya. Ini mencegah tisu-tisu tubuh dari diracuni sisanya sendiri dan juga oleh bahan toksin yang telah dihadamkan dan terkumpul dalam tubuh.
SARANAN
  1. Berhenti memakai coli. Pakaian yang longgar atau tebal boleh digunakan untuk menutup payudara. Memakai camisole atau pakaian dalam yang sesuai yang tidak mengikat payudara boleh digunakan sebagai pengganti coli.
  2. Sebagai pengganti, jangan terlalu lama bercoli. Budaya bercoli berkembang dengan ketara sehingga sukar untuk wanita tidak bercoli langsung. Jika bercoli menyulitkan anda, cubalah tidak bercoli seberapa lama yang boleh dalam sehari, sebaik-baiknya tidak kurang dari 12 jam sehari.
  3. Jangan bercoli pada sebelah malam.
  4. Pilih coli yang selesa seperti yang diperbuat dari bahan kapas 100% kerana ia sejuk, menyerap peluh dan mempunyai kitaran udara yang baik.
  5. Elak dari memakai coli pelbagai lapik, berdawai dan salah saiz kerana ia memberi tekanan pada luar dan dalam payudara.
  6. Kurangkan pemakanan yang mengandungi paras toksin yang tinggi. Jika boleh, dapatkan makanan organik yang tidak menggunakan bahan kimia berbahaya ketika proses pengeluarannya.
  7. Bersenam untuk membantu menggerakkan sistem limfa kerana ia adalah aktiviti penyingkiran tisu yang baik.
  8. Bernafas dalam-dalam merupakan cara yang baik untuk membantu aliran limfa.
  9. Coli yang berjenama dan harga yang mahal bukanlah ukuran kualiti dan keselamatan pada payudara. Pengusaha-pengusaha coli sentiasa berlumba dan bersaing untuk mempromosikan rekaan baru coli-coli mereka di pasaran untuk memikat kaum wanita yang merasakan payudara mereka masih belum sempurna dan menarik pada pandangan umum. Sama ada coli berkonsepkan kontemporari atau jua istilah yang ingin digunakan, coli tetap fesyen yang menyakitkan pemakainya.

Saturday, November 5, 2011

Patung manusia dan binatang

Islam melarang meletakkan patung manusia, binatang atau objek lain di rumah. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya tuan punya gambar ini akan diseksa pada hari kiamat lalu dikatakan kepadanya : "Hidupkan barang yang dijadikan dan sesungguhnya malaikat rahmat tidak akan masuk rumah seseorang selagi di dalamnya ada gambar (patung)."(Hadis riwayat Bukhari). Hanya dalam keadaan tertentu patung dibenarkan seperti yang diriwayatkan dalam hadis bahawa Jibril a.s pernah meminta izin daripada Rasulullah s.a.w untuk masuk rumahnya, kemudian kata Rasulullah kepada Jibril : "Masuklah! Tetapi Jibril menjawab : "Bagaimana saya hendak masuk sedang di dalam rumah mu ada cadar dinding yang penuh gambar! Tetapi kalau kamu mahu terus menggunakannya, maka putuskanlah kepalanya atau potonglah untuk dibuat bantal atau buatlah tikar (tikar lantai). (Hadis riwayat Nasa'i dan Ibnu Hibban). Ia hendaklah tidak sempurna sehingga tidak nampak dibesarkan dan dimuliakan. Begitu juga dengan patung mainan kanak-kanak, ia dibenarkan kerana bukan dibesar-besarkan. Manakala lukisan benda hidup seperti manusia dan binatang tidak dibenarkan menurut hadis di atas tetapi lukisan pemandangan alam masih dibenarkan. Gambar dari kamera diharuskan apabila mematuhi ajaran agama dalam berpakaian dan menutup aurat. Ia juga dilihat berlainan dengan lukisan yang melakar ciptaan sendiri. Mufti Mesir, Sheikh Muhammad Bakhit menyatakan fotografi adalah tangkapan imej pada benda yang benar menerusi kamera. Cara itu sedikit pun tidak ada larangannya (Qardawi, 1995 : 117).

Orang kafir simpan Al-Quran

Orang kafir yang menyimpan Al-Quran perlu dilihat dari beberapa sudut, antaranya dia mungkin berminat dan mahu mendekati Al-Quran. Ia adalah sebahagian dari dakwah kepada bukan Islam. Mudah-mudahan dia mendapat hidayah daripada Allah s.w.t kelak kerana Al-Quran ialah kitab hidayah yang diturunkan untuk semua umat manusia. Jika mengetahui seseorang kafir itu mencemar kesucian Al-Quran maka hendaklah berani berterus terang bagi membela kesucian Al-Quran. Nabi Muhammad s.a.w pernah melarang membawa Al-Quran dalam perjalanan ke negeri musuh. Alasannya ialah untuk menjaga kesucian Al-Quran supaya tidak dihina dengan apa cara sekali pun.

Arak

ELAK MAJLIS HIDANG ARAK


Umat Islam wajar mengelak dari mengunjungi mana-mana majlis atau lokasi yang menyajikan benda haram seperti arak kerana berkunjung ke  tempat berkenaan akan dikira bersubahat. Orang Islam yang tidak mengetahui majlis yang dihadiri itu menyediakan minuman keras tidak dikira bersubahat tetapi dianggap sebaliknya jika perkara itu diketahuinya terlebih dulu. Jika sudah berada di majlis berkenaan dan minuman keras dihidangkan, bolehlah meninggalkan majlis berkenaan bagi mengelak dari bersubahat.

Friday, November 4, 2011

Kutu Rambut

MENGHAPUSKAN KUTU RAMBUT DAN TELURNYA


Rendamkan (soak) rambut dengan cuka makan dan air pada kadar nisbah 1:1 selama 30 minit dan sikatkan seluruh rambut menggunakan sikat kutu. Rambut tidak perlu dipotong atau kepala dicukur serta tidak perlu berbelanja besar untuk mendapatkan rawatan atau membeli ubat di farmasi.

Thursday, November 3, 2011

Syampu Rambut


Santan kelapa mempunyai kesan sejuk dan menyegarkan untuk syampu rambut. Santan melembut dan melembapkan rambut sekaligus mencegah kekeringan dan pecah di hujung rambut. Campurkan santan dengan sedikit asam jawa dan biarkan ia sebati selama 20 minit sebelum digunakan pada rambut. Rambut dan kulit kepala yang disapu dengan adunan tersebut perlu dibiarkan kering sekurang-kurangnya 30 minit sama ada kepala ditutup dengan tuala atau pakai "shower cap". Adunan tadi akan memperkayakan warna dan membuatkan rambut berwarna hitam serta melembutkan hujung rambut. Cuci rambut dengan air suam. Elak dari menggunakan syampu rambut pelbagai janama di pasaran yang mengandungi pelbagai kimia. Antara bahan yang digunakan termasuklah fragrance atau perfume yang disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai bahan penyebab kanser.

Tuesday, November 1, 2011

Telefon Bimbit


TELEFON BIMBIT


  1. Jika anda gemar bercakap pada jangka masa yang lama dan meletakkan telefon pada telinga, anda akan mengundang risiko pada kesihatan diri. Pancaran bahaya yang dikeluarkan oleh gelombang radiasi memberi kesan pada setiap sistem tubuh dan kepala. Antara risikonya adalah kanser kulit, pra-penuaan, pekak, tumor otak, pemusnahan sistem imun dan DNA, kecacatan kelahiran, meningkatkan tekanan darah, penyakit Alzeimer, penyakit Parkinson, hilang ingatan, gangguan saraf, penyakit jantung, batu karang, keletihan, lemah syahwat, pening dan sakit kepala, keracunan tampalan gigi, kemurungan, asma dan rasa panas membahang di sekitar telinga. Adalah lebih baik anda memilih untuk bercakap dengan menggunakan kaedah speakerphone/handfree/wireless bluetooth earphone dan yang terbaik adalah penggunaan kaedah sms. Cepat atau perlahannya kesan risiko yang dirasai berbeza di antara pengguna bergantung pada usia.
  2. Penggunaan telefon bimbit selama 30 minit sehari meningkatkan risiko seseorang mendapat ketumbuhan atau kanser otak disebabkan radiasi dari telefon bimbit dan menara pemancar. Hanya pengguna "tegar"  berdepan dengan ancaman pada kesihatan. Tiada risiko ketara jika seseorang menggunakan telefon bimbit kurang dari 30 minit sehari atau menggunakan aksesori pendengaran.
  3. Kilat boleh mencederakan atau membunuh pengguna telefon yang menggunakan earphone ketika kilat menyambar. Bila ia berlaku, anda akan tercampak dari kedudukan asal dan telefon bimbit anda akan kelihatan seperti seketul logam disebabkan ia cair serta merta dan mengeras. Kesan kebakaran akan berlaku pada telinga. Jika anda sedang memandu atau menunggang motosikal,anda akan terkejut dengan bunyi letupan dan bahang panas secara tiba-tiba setelah disambar petir dan sekaligus kenderaan anda hilang kawalan, terbabas dan menemui kemalangan sama ada cedera atau maut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...