Coli bukanlah penyelesaian pada payudara yang landut, tidak tegang atau kendur sebaliknya coli menimbulkan banyak masalah pada kesihatan pemakainya. Pemakai coli perlu merujuk pada jenis latihan fizikal yang membina otot-otot dan tisu-tisu di sekitar dada dan payudara supaya payudara kelihatan lebih pejal dan montok.
- Pengusaha-pengusaha coli sentiasa mencipta rekaan pelbagai bentuk coli untuk memikat kaum wanita yang kurang berpuas hati dengan bentuk payudara masing-masing yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t lalu segera beralih pada industri fesyen untuk memastikan payudara sesuai dengan standard semasa. Industri fesyen sengaja mengada-adakan standard tertentu mengenai keindahan payudara sehingga membuat kaum wanita percaya bentuk payudara mereka tidak cukup sempurna. Rekaan coli terbaru menggunakan pelbagai jenis pelapik, dawai, net, korset, kusyen air semata-mata untuk menarik perhatian kaum wanita supaya memakainya dalam usaha memperlihatkan kecantikan dan bentuk payudara mereka.
- Dalam keghairahan pemakai memilih coli yang diketengahkan oleh pengusaha-pengusaha dengan memberi tumpuan pada kedudukan payudara yang selesa dalam mangkuk coli serta mempamerkan kemontokan payudara, pemakai akan terlepas pandang tentang risiko yang bakal menjejaskan kesihatan diri.
- Jika tersalah pilih saiz coli, lebihan isi payudara akan terkeluar dari mangkuk, pelapik mangkuk pula akan menghimpit payudara dan dawai di bawah mangkuk akan menekan hulu hati menyebabkan pemakai sukar bernafas secara normal. Jika payudara besar, mangkuk tidak dapat mengampu dan menekan ke bawah. Dalam masa yang sama cakuk coli di belakang badan tertarik ke atas dan tali bahu mencerut isi bahu serta panel di tepi coli juga akan tercerut dan meninggalkan kesan merah berlekuk dan berbirat.
- Bahan coli yang bukan diperbuat dari kapas 100% akan meningkatkan haba atau suhu. Di samping itu, panas suhu payudara akan meningkat apabila bahan berat yang lebih digunakan dalam pembuatan coli dan keadaan ini ada hubung kait dengan kanser payudara. Wanita yang tidak bercoli dari pelbagai saiz memiliki payudara yang lebih sejuk. Wanita tidak bercoli mempunyai 60% kadar kanser payudara yang lebih rendah daripada wanita yang bercoli.
- Semakin lama coli dipakai dalam sehari, semakin tinggi kadar serangan kanser payudara daripada wanita yang tidak bercoli.
- Ramai wanita yang bimbang mengenai risiko kanser payudara atau kesakitan payudara, berhenti bercoli dan kemudian mendapati kesakitan dan sista penyakit payudara fibrosista menurun atau terhapus sama sekali.
- Majoriti daripada wanita pra putus haid mendapati kesakitan payudara mereka berkurangan dalam tempoh 3 bulan setelah mengamal cara hidup tanpa bercoli. Payudara dalam coli lebih panas dari payudara tanpa coli.
- Coli ketat menyebabkan sakit belakang dan postur tubuh yang tidak sempurna. Memakai coli yang ketat boleh menimbulkan kesakitan pada leher, bahu, belakang dan menyebabkan kelemahan pengecutan otot yang lebih serius.
- Wanita yang memakai saiz coli yang salah terpaksa mengikut postur yang tidak asli dan tidak sesuai. Coli yang terlalu ketat mengurangkan bahagian belakang sebelah atas dengan menjadikannya berfungsi seperti otot tunggal. Ia juga mengurangkan pergerakan dada dan menyukarkan pernafasan kerana kemampuan dada berkembang sepenuhnya untuk bernafas agak terbatas.
- Coli boleh dianggap sebagai satu bentuk "pengikat payudara." Semua coli mengikat tubuh pemakainya. Bagi kebanyakan pemakainya, lekuk pada bahagian badan di mana coli terletak boleh dilihat dengan jelas bila berpakaian ketat.
- Penyelidik telah menemui teori bagaimana kanser payudara berkembang berpunca dari sistem limfa yang tidak berfungsi dengan sempura akibat dari pemakaian coli yang ketat.
- Sistem limfa adalah rangkaian dalaman pembuluh darah yang menyingkirkan bahan sisa dari tubuh. Ia adalah bahagian sistem imun yang penting dan pertahanan pertama terhadap perebakan sel-sel kanser.
- Apabila payudara dibatasi oleh pemakaian coli, sistem limfa yang mengelilinginya turut tersumbat sekaligus menghalang fungsi penyingkiran toksin dari kawasan tersebut menyebabkan kanser lebih mudah berkembang. Sistem limfa sama kompleksnya dengan sistem peredaran darah.
- Sistem limfa mempunyai nodus limfa dan bergantung pada injap sehala dan pergerakan tubuh seperti berjalan dan bernafas untuk mendapatkan peredaran bendalir limfa yang mengangkut toksin.
- Banyak toksin penyebab kanser yang terkandung dalam sistem limfa mengambil masa untuk bersentuh dengan sel-sel individu untuk memulakan mutasi menjadi sel kanser. Jika bendalir limfa dihalang dari beredar, toksin kekal bersentuhan dengan sel-sel tersebut untuk jangka masa yang lama.
- Oleh kerana pembuluh limfa tersangat halus dan berdekatan dengan permukaan kulit, ia mudah dicerut oleh pakaian yang elastik atau ketat "mendakap" kulit. Coli mencerut pembuluh limfa bertanggungjawab menyingkirkan toksin dari sel-sel dalam tisu payudara.
- Kaedah coli mengikat tubuh boleh menjejaskan sistem penyaliran limfa dalam payudara. Siostem limfa membantu menyingkirkan toksin dalam tubuh. Pemakaian coli menyebabkan kerosakan kronik proses penyaliran dalam payudara dan menyebabkan toksin terkumpul.
- Pengumpulan toksin mempengaruhi kerja-kerja biasa sel-sel dalam payudara yang sebaliknya menjadikan "persekitaran" payudara sesuai untuk mencetuskan kanser payudara.
- Peredaran limfa dalam banyak tisu terutama limfa utama banyak bergantung pada pergerakan. Jika duduk dalam jangka masa yang lama, kaki dan buku lali boleh membengkak kerana peredaran limfa bergerak ke zon yang hampir sifar.
- Memakai coli yang ketat seperti coli berdawai dan terutamanya ketika tidur, mencegah peredaran limfa yang normal dan cenderung membawa pada anoksia (kandungan oksigen lebih rendah dari biasa) yang dikaitkan dengan fibrosista yang dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser.
- Setiap goyangan payudara ketika berjalan, bergerak, berlari dan sebagainya mengurut payudara dan meningkatkan aliran limfa dan dengan itu membersihkan payudara dari toksin dan sisa yang muncul dari metabolisme sel.
- Sistem limfa tidak mempunyai "pam" sepeti jantung bagi sistem peredaran darah. Bendalir limfa perlu digerakkan melalui pergerakan otot tubuh dan pernafasan untuk merangsangkannya.
- Coli mengampu berat payudara. Berat biasanya tersebar ke tali bahu, panel bahagian tepi payudara, dawai di bawah payudara dan mangkuk coli. Selain mengampu berat payudara, coli cenderung mengangkat dan membentuk payudara. Kesemuanya menambah tekanan ke atas tisu payudara. Tali coli juga cenderung menghalang aliran limfa dengan mengenakan tekanan ke atas pembuluh limfa yang berada di bahagian atas payudara hingga ke ketiak. Akibatnya, toksin akan berkumpul di dalam payudara. Wanita yang bercoli di antara 18-24 jam sehari akan menghalang penyingkiran toksin dalam jangka masa lama.
- Lebih 85% bendalir limfa dari payudara mengalir ke nodus limfa yang terletak di bahagian ketiak. Bakinya mengalir ke nodus di bahagian tulang dada.
- Di dalam payudara, pembuluh limfa terdapat lebih hampir dengan permukaan kulit dan dengan itu lebih mudah termampat. Dinding pembuluh limfa adalah nipis dan amat sensitif terhadap tekanan. Jika mampatan berlaku secara berirama, berikutan semula jadi, limfa akan mengalir secara semula jadi. Jika mampatan ke atas payudara berterusan, berikutan penggunaan coli, ia boleh mengakibatkan dinding pembuluh limfa tertutup dan menyekat aliran limfa.
- Wanita yang mengalami kesakitan payudara atau sista berpunca dari penekanan coli yang menyebabkan sumbatan dalam nodus limfa. Coli memampatkan tubuh pada bahagian luar payudara iaitu kawasan yang menempatkan hampir 80% penyaliran nodus limfa.
- Tali elastik yang mengikat kuat boleh menyebabkan perkembangan sista. Pembentukan sista ialah tekanan belakang pada duktus kecil dalam payudara yang menjadikan bahagian yang menghasikan susu di sebelah hujung membengkak.
- Lebih tua usia seseorang wanita, lebih tinggi risiko mengidap kanser payudara kerana ia mempunyai masa yang lebih panjang terhadap pendedahan pada toksin yang terkumpul di dalam payudara disebabkan penyaliran yang lemah.
- Kaum wanita di negara-negara maju tewas pada gaya hidup pemakaian coli.
- Pengaruh hormon - paras estrogen dalam tubuh wanita biasanya lebih tinggi sebelum datang haid. Pada masa inilah payudara membesar secara semula jadi. Pada waktu payudara membesar, kesan ikatan coli pada payudara dan kerosakan selanjutnya untuk penyaliran limfa sangat ketara.
- Tidak bersalin atau tidak berkahwin-ketika hamil, payudara menikmati bekalan darah yang lebih banyak dan menngkatkan penyaliran limfa. Payudara wanita yang tidak bersalin atau tidak berkahwin gagal berkembang dengan sepenuhnya. Sehubungan dengan kekurangan ini, pemakaian coli hanya merosakkan sistem penyaliran yang sedia terbatas.
- Baligh awal-kedatangan haid awal menyebabkan remaja menjalani kehidupan alam dewasa dengan bercoli lebih awal. Keinginan untuk memiliki payudara yang lebih besar menyebabkan remaja memakai coli berspan dan berdawai, ini menyekat perkembangan payudara yang belum berkembvang sepenuhnya. Pendedahan lebih lama pada pemakaian coli mendedahkan payudara pada pengumpulan toksin.
- Diet-toksin terkandung dalam bahagian makanan yang berlemak. Pemakaian coli hanya memburukkan keadaan penyakit payudara dengan membantu memekatkan toksin dalam payudara.
- Sistem limfa adalah mekanisme pertahanan tubuh yang penting. Pembuluh limfa dan nodus limfa membentuk rangkaian unik. Nodus limfa terbentuk secara berkumpulan di seluruh tubuh termasuk di sekitar leher, groin dan di bawah lengan. Sistem limfa dalam tubuh berkeadaan selari dengan sistem arteri dan vena yang membentuk bekalan darah. Limfa sejenis bendalir yang telus, mengalir mencuci sistem ini. Pembuluh limfa membantu menyingkirkan bahan asing dari tempat yang dijangkiti dan kemudian, menerusi nodus limfa untuk pemprosesan. Dalam nodus limfa, sel-sel imun yang dikenali sebagai limfosit, menghasilkan antibodi untuk membunuh bakteria dan bahan asing lain. Tanpa sistem limfa, kita tidak akan bertahan lama. Sisa yang terkumpul di dalam tubuh yang tidak dapat disingkirkan akan bertambah dan menyebabkan kematian. Sistem limfa pada dasarnya menyingkirkan sisa buangan. Limfa mengangkut keluar penceroboh asing seperti bakteria, protein asing, sisa sel dan produk sisa lain dari tisu tubuh ke nodos limfa di mana sel-sel imun memusnahkannya. Ini mencegah tisu-tisu tubuh dari diracuni sisanya sendiri dan juga oleh bahan toksin yang telah dihadamkan dan terkumpul dalam tubuh.
- Berhenti memakai coli. Pakaian yang longgar atau tebal boleh digunakan untuk menutup payudara. Memakai camisole atau pakaian dalam yang sesuai yang tidak mengikat payudara boleh digunakan sebagai pengganti coli.
- Sebagai pengganti, jangan terlalu lama bercoli. Budaya bercoli berkembang dengan ketara sehingga sukar untuk wanita tidak bercoli langsung. Jika bercoli menyulitkan anda, cubalah tidak bercoli seberapa lama yang boleh dalam sehari, sebaik-baiknya tidak kurang dari 12 jam sehari.
- Jangan bercoli pada sebelah malam.
- Pilih coli yang selesa seperti yang diperbuat dari bahan kapas 100% kerana ia sejuk, menyerap peluh dan mempunyai kitaran udara yang baik.
- Elak dari memakai coli pelbagai lapik, berdawai dan salah saiz kerana ia memberi tekanan pada luar dan dalam payudara.
- Kurangkan pemakanan yang mengandungi paras toksin yang tinggi. Jika boleh, dapatkan makanan organik yang tidak menggunakan bahan kimia berbahaya ketika proses pengeluarannya.
- Bersenam untuk membantu menggerakkan sistem limfa kerana ia adalah aktiviti penyingkiran tisu yang baik.
- Bernafas dalam-dalam merupakan cara yang baik untuk membantu aliran limfa.
- Coli yang berjenama dan harga yang mahal bukanlah ukuran kualiti dan keselamatan pada payudara. Pengusaha-pengusaha coli sentiasa berlumba dan bersaing untuk mempromosikan rekaan baru coli-coli mereka di pasaran untuk memikat kaum wanita yang merasakan payudara mereka masih belum sempurna dan menarik pada pandangan umum. Sama ada coli berkonsepkan kontemporari atau jua istilah yang ingin digunakan, coli tetap fesyen yang menyakitkan pemakainya.
No comments:
Post a Comment
Please comment freely but keep it polite by not doing spam.