Ancaman pantyhose
Sarung kaki nipis mencegah udara dari beredar di sekeliling kaki dan membentuk persekitaran yang cukup lembap dan panas untuk memulakan pertumbuhan kulat seperti kaki berair. Keadaan lelasan nilon yang berlaku apabila sarung kaki basah atau berpeluh juga menyebabkan kulit kaki melepuh. Beberapa jenis sarung kaki yang murah tidak mempunyai keanjalan yang secukupnya yang menyebabkan jari jemari kaki tercerut dan tertolak ke atas sehingga berlakunya kuku terbantut dan jari kaki tukul. Sarung kaki nilon kawalan atas jika dipakai berterusan boleh menyebabkan sintisis, jangkitan pundi. Jika dibiarkan tanpa rawatan, jangkitan itu boleh berjangkit pada buah pinggang dan merosakkannya. Sarung kaki nilon juga boleh menyebabkan jangkitan faraj iaitu menimbulkan kesakitan, keadaan merah, pembengkakan, berbau atau kegatalan pada faraj. Jangkitan yang biasa berlaku ialah kandidiasis (jangkitan fungus). Memakai sarung kaki terlalu lama hanya menghasilkan persekitaran panas lembap yang disukai oleh fungus. Berpakaian sepatutnya punca keselesaan. Sarung kaki hanyalah menguntungkan pengeluar, bukan pemakai. Oleh itu, bersikap bijaklah ketika berpakaian. Jangan mudah terpengaruh dengan perkembangan fesyen. Biarlah kaki terdedah pada hembusan bayu dan berilah peluang pada kaki untuk bernafas.